Tuesday, 22 November 2011

Seni Anyaman

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.

Jenis-jenis Anyaman

1. Anyaman Mengkuang – Daun mengkuang -Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
2. Anyaman pandan – Daun pandan duri -Tikar sembahyang, hiasan dinding,
3. Anyaman Buluh – Jenis-jenis buluh yang sesuai – Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
4. Anyaman Rotan – Rotan yang telah diproses -Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
5. Anyaman Lidi – Lidi kelapa-Lekar, bekas buah, bekas telor.
6. Anyaman ribu-ribu-Paku pakis ribu-ribu.-Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.

Anyaman dari daun kelapa

Anyaman daripada rotan

 Anyaman daripada buluh

 Anyaman daripada mengkuang

 Anyaman daripada mengkuang

Anyaman daripada lidi

Anyaman daripada pandan



No comments:

Post a Comment